Wednesday, March 31, 2010

Karangan

“Eh, Alex, kamu hendak ikut kami ke Vivo City?” Tanya kawan-kawan Alex kepadanya. “Emm.. Saya tidak boleh keluar. Nanti ibu saya marah. Ada banyak kerjarumah lagi,” jawab Alex. “Alah! Sesekali sahaja,” puji kawannya lagi. Alex tidak punya peluang dan terpaksa mengikut mereka. Mereka pun berjalan ke Vivo City.

Di sana, dia bermain di tempat permainan, membeli-belah dan banyak lagi. Mereka bermesra sekali. Alex terlupa tentang sekolah rumahnya itu. Mereka membeli-belah daripada jam tiga hingga enam. Lagi pun, rumah Alex bukan dekat dengan pusat membeli-belah tersebut. Selepas bersungguh-sungguh, mereka pun pulang. Masa pun sudah larut malam.

Tiba di rumah, ibunya menunggukannya di luar pagar rumah dengan memegang tali-pinggang. Alex ketakutan.

“Mana kau merayap sampai malam buta begini? Pergi keluar dengan perempuan, eh? Tidak bertimbang rasa punya anak,” fitnah ibunya. “Eh, bukan macam itu. Saya..” belum sempat dia memberitahu, dia disebat oleh ibunya. Air matanya mengalir, kesakitan itu semakin pedih dan Alex tidak boleh tidur dengan betul. Dia merayu kerana difitnah oleh ibunya dan dibenci sangat-sangat.

Sehari kemudian, dia ke sekolah. Rakan-rakannya semua melihat Alex. Alex bertanya dirinya mengapa. Dia seperti katak di bawah tempurung. Dia tidak pasti apa yang berlaku.

Apabila di kelas, cikgu Alex pun datang. Dia seorang guru yang amat garang dalam sekolah Alex. Kelas yang bisin seperti taman haiwan itu bertukar menjadi senyap sekali, seperti di dalam perpustakaan.

“Kelas, keluarkan kerja rumah karangan yang saya telah berikan semalam dan hantarkannya,” suruh cikgunya. Alex ketakutan. Mukanya pucat seperti mayat. Dia takut jika cikgunya akan memarahinya. Dia dengan cepat mengeluarkan sekeping kertas dan mula menulis. Tiba-tiba, cikgunya datang dan ternampak apa yang Alex sedang membuat. Alex terkejut apabila mendapati bahawa cikgunya sedang melihat. Bak sepata kata, sepandai-pandainya tupai melompat, akhirnya jatuh juga. Alex disuruh masuk ke pejabat pengetua.

“Hai, Alex, Alex. Apa kamu nak jadi? Kamu sedar tidak bahawa kawan-kawan rapat kamu itu menghisap rokok setelah kamu pulang? Nasib kamu sangat baik tetapi mengapa pulang lambat sehingga tidak membuat kerja rumah?” kata pengetua sekolahnya. Sekarang, Alex telah mendapat tahu apa kesalahannya. Dia sedar dan berjanji tidak membuat lagi. Dia pun berjanji untuk bertimbang rasa dan bertanggung jawab.

Dua minggu sebelum peperiksaannya, dia belajar bersungguh-sungguh kerana dia tidak mahu memungkir janji dia. Kawannya yang menghisap rokok itu sangat jahat. Dia sedar bahawa tidak semua orang sama perangai. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Dua minggu kemudian, peperiksaan tamat. Seminggu kemudian, markah diberikan. Alangkah terperanjatnya apabila dia mendapat tahu bahawa dia lulus. Dia telah membuat semua orang gembira. Bak sepatah kata, genggam bara api, hingga menjadi arang.

No comments:

Post a Comment