Monday, May 17, 2010

Golongan remaja lebih mementingkan teman daripada keluarga sendiri - MYE




Bagai aur dengan tebing. Tahukah anda tentang makna ini? Bolehkah persahabatan hingga akhir hayat? Teman setia adalah teman yang kami sangat rapat. Teman setia pun boleh membawa manfaat dan juga kerugian. Ramai remaja hari ini mementingkan teman daripada keluarga. Karangan ini akan membincangkan tentang hal ini lebih lanjut.

Jika ada masalah, kebanyakan remaja berkongsi dengan teman. Ini adalah satu masalah terhadap remaja.

Pertama, remaja suka berkongsi masalah dengan teman tetapi sukar berkongsi dengan keluarga. Ini kerana mereka malu ataupun takut. Jika dibilang, mungkin ibubapa mereka tidak boleh menyimpan rahsia jika itu masalah peribadi. Jika dikongsi teman karibnya, mungkin akan menyimpan sebagai rahsia. Lagipun, jika dikongsi masalah kami kepada keluarga, mungkin kami akan disebat oleh itu, kawan sahaja yang boleh diberitahu masalah-masalah tersebut.

Kedua, ibubapa sering bekerja dan tiada sesiapa yang berada di rumah. Daripada duduk di dalam rumah berseorang, remaja sering keluar dengan kawan mereka. Ini boleh mendatangkan keburukan. Jika untuk sebab belajar, ia tidak salah. Cuba lihat di pusat membeli-belah, ada ramai murid yang berpakaian sekolah akan berlepak di mana-mana terutama sekali, McDonalds'. Orang akan ingat bahawa mereka tiada kerja rumah untuk dibuat.

Ketiga, ibubapa kini sibuk dan kebanyakannya semua terlupa pelajaran mereka. Jika ditanya soalan tentang kerja-rumah kepada ibubapa, mereka bingung. Ramai golongan dewasa terlupa tentang subjek-subjek tersebut. Jadi, teman sahaja yang boleh membantu. Bil telefon mereka naik kerana sering menghubung kawannya atau mengirim mesej. Ramai murid sudah mempunyai telefon bimbit. Selain daripada menelefon ibubapa, mereka menghubungi rakan mereka.

Selain daripada kebaikan disebut tadi, ada juga keburukannya. Pertama, kawan karibnya yang sangat baik hati boleh bertukar perangai mereka. Itulah orang selalu berkata. Jangan pandang dari luar tetapi dalamnya. Walaupun daripada muka seseorang itu sangat diam dan baik, hatinya boleh seperti iblis.

Kedua, jika dijemput oleh kawannya untuk keluar berasama, mereka boleh membuat benda yang tidak senono. Seperti mengajak kita makan barang yang tidak halal, menghisap rokok dan menghidap dadah. Masalah ini yang sering dihadapi oleh remaja Islam. Jika ditangkap menghisap rokok, menghidap dadah ataupun berzina boleh membawa mereka masalah yang sangat besar seperti dipenjara.

Ketiga, jika tidak memberitahu keluarga, mereka boleh difitnah. Fitnah boleh mendatangkan kebencian ataupun pergaduhan. Masa bersama bergembira semuanya hancur. Ada yang ditikam mati dan melarikan dirinya daripada rumah.

Setelah mendapat tahu tentang kebaikan dan keburukan ini, sedarkah anda tentang berapa penting kawan daripada keluarga? Saya pasti kami akan meliti seorang itu sebelum berkawan dengannya.