Wednesday, April 14, 2010

Adikku Diculik!

Khabar yang aku dengar itu seperti angin yang berlalu. Berita kehilangannya seperti tidak boleh dipercayai. Aku bertanya Mak Munah berulang-ulang kali tetapi dia hanya diam. Aku berasa hairan kerana sebelum aku ke sekolah, adikku sedang tidur di biliknya. Kini, dia tiada di pandangan aku lagi. Adakah dia melarikan diri? Apa yang Mak Munah telah buat?

Ibubapaku masih sibuk bekerja. Aku baru habis sekolah apabila aku menerima panggilan daripada Mak Munah. Beliau berkata bahawa Fritz telah hilang ke mana. Aku lari lintang-pukang seperti dikejar anjing liar. Sampai di rumah Mak Munah, aku tanya apa terjadi. Mak Munah adalah makcik aku yang memenuhi masa lapangnya menjaga adikku, Fritz, apabila aku ke sekolah dan ibubapaku di kerja.

Mak Munah tidak tahu apa yang telah terjadi. Dia hanya berkata bahawa dia ke pasar semasa Fritz sedang tidur. Dia tahu bahawa itu salah dan bahaya tetapi dia memberi alasan bahawa dia hanya keluar dan pulang dalam masa lima hingga sepuluh minit. Aku percaya kata-katanya kerana pasar tidak jauh dari sini. Aku berasa risau kerana tiada sesiapa yang ternampak kejadian tersebut. Adakah adikku masih hidup? Aku bertanya pada diriku.

Setibanya ibubapaku pulang, mereka membawa aku dan Mak Munah ke balai polis. Dia bertanya banyak soalan yang apa terjadi tetapi sebahagiannya tidak dijawab. Pegawai polis pun pergi ke rumah Mak Munah jika ada barang yang ada berkaitan dengan Fritz. Mereka menyiasat selama sejam dan Mak Munah diberitahu tidak bersalah. Apabila pegawai polis itu meninggalkan ruma itu, jiran Mak Munah, jiran Mak Munah mengetuk pintu untuk masuk. Namanya Caroline. Dia bertanya mengapa ada pegawai polis. Kami memberitahunya apa yang telah berlaku dan muka Caroline tukar menjadi bingung.

Selepas habis cerita kami ceritakan, kami bertanya mengapa mukanya bertukar bingung. Dia berkata bahawa dia ternampak seseorang yang mendukung Fritz. Dia ingatkan bahawa itu bapaku yang mengambilnya tetapi bukan. Kami mula panik.

Ibu menangis setiap malam tidak berhenti. Ibu menyesal kerana tidak menjaga Fritz dengan betul. Ibu sepatutnya menjaganya kerana Fritz adalah anaknya.Kami berasa sedih jika tidak dapat berjumpa Fritz. Sudah sebulan lepas dan puas keluargaku mencarinya tetapisia-sia sahaja.

Apabila aku habis sekolah pada hari Isnin, Marilyn mengajak aku makan di McDonalds'. Aku pun mengikutnya kerana dia kawan rapat aku. Dia memujukku apabila aku kesedihan kerana kehilangan adikku. Kami sebagai aur dengan tebing. Sedang kami berjalan ke arah restoran itu, aku terserempak seseorang. Dialah seorang yang aku kenal, sayang dan aku kehilangan. Fritz. Di sebelahnya pula ada seorang pakcik tua memimpinnya. Jantungku berdegap-degup dengan pantas ternampak dia.

Aku memberitahu Marilyn dan menelefon ibubapaku. Mereka pun menuju ke tempat tersebut. Kami pun mengambil tindakan. Sedang Fritz dan orang tua itu makan, ayah memegang orang tua itu supaya tidak boleh larilalu ibu mengambil Fritz. Pelanggan-pelanggan di situ semua melihat. Alhamdulillah, Fritz terselamat. Fritz melihatku dan tersenyum. Tidak lama kemudian, anggota polis pun tiba. Pegawai polis itu menangkap orang tua itu yang menculik Fritz. Dia disiasat di balai polis.

Setelah sejam menunggu, akhirnya seorang pegawai polis tiba. Dia berkata bahawa orang tua itu ingatkan bahawa Fritz itu anaknya. Dia telah kehilangan anaknya selama tujuh tahun dan tidak terjumpa. Aku tersentuh apabila mendengar cerita itu. Aku pulang dan akhirnya mendapat adikku yang tersayang kembali. Kini, ibu tidak bekerja lagi dan menjaga Fritz. Aku pun mengisi masa lapangku selepas sekolah bermain dengan Fritz.

Wednesday, April 7, 2010

Konflik

Manusia dgn. Manusia:
Dia seorang guru yang amat garang dalam sekolah Alex. | Alex takut jika cikgunya akan memarahinya.
Saya tidak boleh keluar. | Nanti ibu saya marah.
Manusia dgn. Perbuatan Manusia:
Alex dimarahi dan di nasihati oleh pengetua sekolah. | Kawan-kawan Alex menghisap rokok.
Alex belajar dengan tekun. | Dia melulus peperiksaannya.
Manusia dgn. Diri Sendiri:
Sekarang, Alex telah mendapat tahu apa kesalahannya. | Dia pun berjanji untuk bertimbang rasa dan bertanggung jawab.
Rakan-rakannya semua melihat Alex. | Alex bertanya dirinya mengapa.